Doa ketika sedih yg teramat...

اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”

— HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42.

utuk sahabat2 semua!

<3 CINTA ALLAH CINTA ABADI <3
YAKIN LAA AT ALLAH..
WHEN WE REPAIR OUR RELATIONSHIP WITH ALLAH,
ALLAH WILL REPAIR EVERYTHING ELSE FOR US ^_^
ALLAHU AKBAR <3

Monday, May 28, 2012

fakta! aku hanya insan biase

Mungkin diri ku tak sebaik yang di sangka...
Mungkin diri ku bukan yang terbaik untuk mu...
Mungkin aku banyak menyusahkan mu...
Mungkin aku pernah mengguriskan perasaan Mu...
Mungkin kita di takdirkan untuk terus bersama...
Mungkin terlalu banyak perkara yang telah di kongsi bersama...

Tetapi...
Mengapa perlu ada perselisihan?
Mengapa Di kau masih mencurigai diri ku?
Mengapa engkau masih tidak percaya akan kejujuran ku?
Mengapa tidak pernah engkau menanyakan tentang perasaan ku?
Mengapa layanan yang kau berikan terhadap insan yang baru engkau kenali
lebih baik daripada diriku?



Segalanya...
Segalanya hanya kerana diri mu...
bagi ku kau yang terbaik...
segalanya yang terbina memberi semangat untuk diri ku menempuh hari2 yang mendatang...
Segalanya......

Engkau...
Engkau berubah sekelip mata..
Engkau berubah setelah mendapat sahabat yang baru...
Gelak tawa mu lebih,hanya untuk nya..
cerita cerita mu hanya menjadi rahsia antara nya...
Gurauan mu hanya menjadi hadiah untuk nya...
Engkau berubah hanya dalam beberapa hari pekenalan dgn nya..

Mengapa?
Adakah aku puncanya?
Engkau menyatakan bahawa aku penyebabnya...
mengapa?
tidak kah kau tahu mengapa aku berkelakuan sebegitu?
Mengapa tidak pernah kau bertanya?
Mengapa keperihatinan mu hanya untuk insan yang baru di kau kenali?

Mengapa?

AKU...
Aku memerlukan mu untuk menyuluh hidup ku...
Aku memerlukan mu untuk menyakin kan ku....
Aku memerlukan mu untuk meringankan keperitan di hati...
Aku berkelakuan sebegitu hanya kerana untuk mengubat luka di hati...
Aku terguris,terluka...
Aku tidak mahu berkata apa apa..
Aku tidak mahu bertengkar dengan mu..
Aku tidak mahu....
Aku tidak mahu engkau terluka..
Aku tidak mahu memanjangkan cerita..
Aku lebih rela berdiam diri ...
Aku lebih rela menjauh dari mu..
Aku lebih rela menanggung kesedihan di hati seorang diri...
kerana aku SAYANG akan diri mu...



Maafkan aku...
Maafkan aku untuk segala galanya...
Maafkan aku kerana tidak menjadi yang terbaik untuk mu...

Hanya satu..
hanya satu ingin ku nyatakan...
Aku sayang akan diri mu...
Kau ibarat darah daging ku...
Aku gembira apabila di sisi mu..
Aku ikhlas menerima mu..
Aku jujur dalam persahabatan ini..
Aku berterima kasih pada mu kerana menerima ku di dalam hidup mu..

Sayang sekali...
jarak kita semakin jauh
dari hari ke hari...
perhubungan semakin pudar..
hanya kerana insan baru..
aku pilu melihat nya
namun harus ku terima dengan tabah..
insyaallah kita pasti akan gembira bersama kelak..


No comments:

Post a Comment