Doa ketika sedih yg teramat...

اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”

— HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42.

utuk sahabat2 semua!

<3 CINTA ALLAH CINTA ABADI <3
YAKIN LAA AT ALLAH..
WHEN WE REPAIR OUR RELATIONSHIP WITH ALLAH,
ALLAH WILL REPAIR EVERYTHING ELSE FOR US ^_^
ALLAHU AKBAR <3

Thursday, December 29, 2011

cinta dlm diam ye?! sweet kn! ^^

Kalau kita sukakan seseorang,jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH
maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH!

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH.”(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.Dan suatu jalan yang buruk.”(Al Israa’ : 32 )

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & 
Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalasAllah SWT tahu apa yang ada di depanmu & 
Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu.
Cukup cintai dalam diambukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannyabukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA 
bukan kerana lemah untuk menghadapinya 
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup
Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tidak akan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangankerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjagaCukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan.
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??“.. 

boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(Al Baqarah : 216 )

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & 
Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

“Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.”(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.Not even the slightest bit.You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.Just hold her in your heart for a few more years ..then you can do it the halal way“

Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”(HR. Al-Hakim)

P/S : Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan. Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin.

Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu…


Wednesday, December 28, 2011

Never had a dream come true -.-

Everybody's got something they had to leave behind
One regret from yesterday that just seems to grow with time
There's no use looking back or wondering (or wondering)
How it could be now or neither been (or neither been)
All this I know but still I can't find ways to let you go

Chorus
I never had a dream come true
Till that day that I found you
Even though I pretend that I've moved on
You'll always be my friend
I never found the words to say
You're the one I think about each day
And I know no matter where love takes me to
A part of me will always be with you

Somewhere in my memory I lost all sense of time
And tomorrow can never be
'Cause yesterday is all that fills my mind
There's no use looking back or wondering
How it should be now or neither been (or neither been)
Oh this I know but still I can't find ways to let you go

Chorus

You'll always be the dream that fills my head
(Yes you will, say you will, you know you will,friend)
You'll always be the one I know (I'll never forget)
There's no use looking back or wondering (or wondering)
Because love is a strange and funny thing
No matter how I try and try
I just can't say goodbye
No no no no

Chorus

A part of me will always be with you...

Saturday, December 17, 2011

MALULAH PADA ALLAH DAN RASULMU..

✿~ Allah MELARANGKU melihat yang BUKAN MAHRAM, tetapi aku melihatnya bahkan lebih dari itu..lalu dengan apakah aku akan masuk SYURGANYA?
✿~ Allah MENYURUHKU mendirikan solat 5 waktu tetapi aku meninggalkannya dengan ALASAN KESIBUKAN KERJA atau terlelap dalam tidur..lalu dengan apakah aku akan masuk syurgaNya?
✿~ Saat orang lain MENANGISI dosa-dosa kecil mereka, sedangkan aku masih mampu KETAWA dengan dosa-dosa BESAR yang telah aku lakukan..lalu dengan apakan aku akan masuk syurgaNya?
✿~ Saat orang lain memperjuangkan RISALAH ISLAM, tidak jemu BERDAKWAH menyeru umat..dan aku di sini tidak menyertai malah MENENTANGNYA dengan pelbagai ALASAN..lalu dengan apakah aku akan masuk syurgaNya?
✿~ Jika tidak ada satu KEBAIKAN pun yang aku lakukan semasa hidup di dunia ini, dalam agamaku..walaupun aku dilahirkan dalam ISLAM, hanya pada nama..bukan pada PERBUATAN dan AMALAN, malah sentiasa melakukan kejahatan..seolah-olah MATI itu jauh lagi dariku..lalu dengan apakah aku akan masuk syurgaNya?

>>> Syurga itu indah, manis dan kekal..semua insan mengimpikannya tetapi apakah RUANG KEBAIKAN, PERJUANGAN, USAHA yang telah aku perbuat untuk ke sana? Untuk mendapatkannya? Adakah hanya dengan ANGAN-ANGAN, hanya dengan IMPIAN..tanpa USAHA kukuh, TAWAKAL penuh, ISTIQAMAH berterusan..mampukah aku untuk MEREBUTNYA?

Tidak berasa CEMBURUKAH, tidak berasa MALUKAH apabila melihat manusia BERSUNGGUH-SUNGGUH berjuang untuk islam, berusaha merebut apa yang telah DIJANJIKAN Allah..tanpa kenal erti putus asa, dan aku masih di sini..merenung dari KEJAUHAN tanpa memulakan usaha ke arah itu..MALULAH wahai diri, kata cintakan Allah dan Rasul tetapi masih INGKARI akan segala suruhanNya..malulah wahai diri, kata SYAITAN itu musuh yang NYATA tetapi masih dirimu mengikuti jejak langkahnya ke NERAKA..malulah..



astagfirullah... T.T

Menyendiri lagi...

Keseoranganku di sini
merenung pada masa
segulung harapan tercipta
pada sebuah catatan tanpa suara

Rindu, resah, sunyi dan sepi
hanya terpendam di jiwa
setiap hari yang kita lalui bersama
penuh ranjau dan duri

Jejalur pelangi kenangan
memberiku suatu pengertian
cabaran dalam kehidupan
kadangkala terlalu pahit
mencarik-carik kedamaian
gugur...satu per satu

Kujadikan iktibar dari pengalaman
sebuah catatan perjalanan kehidupan
lahir dan wujudku di bumi ini
kan tersimpan rapi di lipatan sejarah

Hidupku di bawah naungan Ilahi
akan kuteruskan perjuangan ini
mencari ilmu demiMu
dan mencari keredaanMu

Friday, December 16, 2011

utk shbt2 semua~maafkan sy.. -.-

~ ZiNA DaLaM DiAM ~

1) Kami tidak berzina!
- Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menhampiri zina.

2) Kami hanya bebual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum.. adakah menghampiri zina ?
- Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah penzinaan.

3) Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu ….
- Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengenai sasaran. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan Adam dan Hawa ? Iblis amat licik. Pengalaman banyak, Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah: Jangan engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan ( H R Tabrani ). Syaitan akan menghembuskan nafas berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.

4) Tidak semstinya semua orang bercinta menjurus kepada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja dan tak pernah bersua pun!!
- Betul! Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis, akanmengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ shaja. Percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya??

5) Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke ?
- Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinnyatakan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya berjalan (menuju ke tempat dating) . Mulut juga berzina dan zinanyaialah ciuman ( HR Muslim dan Abu Daud) Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.

6) Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
-Berdiskusi pelajaran, betul ke ? jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba- hambaNYA. Kita belajar nak cari keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun,kalau tidak di berkati oleh Allah,kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan di tulis oleh malaikat Raqib dan Atid?

7) Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni “ study group”
- Study Group..? Nampak lain macam sahaja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua je. Kalau ya pun, carilah study group yang ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni..betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap je bincang pelajaran, yang lain tu dihabiskan dengan fantasi cinta!

8) Tidaklah, sungguh berbincang pelajaran.
-Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia yang ada nafsu.

9) Kami sama2 belajar,study group, saling memberi semangat dan motivasi..
- Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat,banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan,tidak terganggu,dapat berkat dan rahmat pula.

10) takkan tak ada ruang langsung dalam ISLAM untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
- Naluri adalah sebahagian drpd kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri iti tidak wujud pada diri seseorang,tak normal namanya. Islam bukan dating membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh paderi dan sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu dating tanpa dinudang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nakurinya. Jagan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan seisinya akan hambar tanpa naluri/ nafsu.

11) Tentu ada cinta secara Islam.
- Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab dan qabul; Cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan kudus. Cinta bermaruah,bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia digantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W : “ Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. ( HR Ibni Majah).Cinta adalah maruah manusia, Ia terlalu mulia.

12) Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan?
-Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan terusik. Kemudian perasaan dilayan,kemudian teringat, rindu. Kemudian di atur pertemuan, kemudian duduk berdua-duaan, kemudian mencari tempat sunyi sedikit, kemudian berbual sehingga malam gelap. Hubungan semakin akrab, dah pegang tangan, duduk semakin dekat. Kalau tadi mcm kawan, sekarang macam pengantin baru semalam… Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan?

Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibubapa yang telah melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda drpd seekor nyamuk sekalipun.

12) Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji..
-Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauihi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang

13) Jadi manusia itu tak tahan di uji.??
-Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak akan tahan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan Satu peristiwa untuk iktibar bagi manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan Nya, manusia tak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok khuldi itu . Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi tersebut. Tetapi Allah tahu sifat kelemahan Adam dan Hawa. Jika mereka menghampiri tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tidak dpt mengawal diri. Demikianlah dengan zina, di tegah berzina. Maka,jalan kerah penzinaan itu juga di larang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan,kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar dari pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

14) Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan untuk berkahwin.
-Bolehkah kita percaya dengan perwtakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing2 akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai2 lagi. Masa cinta adalah lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk aka nada yang pujuk. Banyak orang dah kecewa kerna tertipu dengan kepribadian semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza, macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang,penyabar. Tapi bila dah kahwin,lewat lima minit dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah sesuatu kepuraaan atau hipokrit.

15) Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
-Bagaimana di harap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba NYA yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapai keredhaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan berumahtangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tetntu prosesnya bukan bercinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapatkan keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung,bagaimana kesudahannya??

16) Tanya sedikit..adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke ? ganti bercinta…
- Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru,kulitnya Nampak berlainan,tetapi isinya tetap sama. Adik angkat,kakak angkat, abang angkat adalah satu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya ‘angkat’ ini sebenarnya telah masuk kedalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk di korbankan. Namakan apa sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan ke akhirnya akan bertemu dengan zina.

17) Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
- mengukur maruah diri bukan dengan ditentukan oleh manusia, tetapi oleh pencipta manusia. Sebab ukuran manusia berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk cinta akan menyatakan oaring yang sedang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga dirinya, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci itu. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah di tentukan oleh Allah.

18) Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
- Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah menggadai maruahnya kerana mereka mengahmpiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “ Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik. Dan peremoaun yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman” ( Surah An Nur:3) Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuia untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah ianya satu penghinaan Tuhan ??

19) Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
- Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

20) Kami telahpun berjanji sehidup semati…
-Apa ada pada janji setia cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang.

21) Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab..
- Tahukah hati budi lelaki:? Sejahat mana lelaki apabila mengambil wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok, suka berfoya-foya, lelaki biasanya memilih perempuan murahan kerana itu suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

22) jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
- tentu, mana ada lelaki yang normal suka pada barang “second hand” sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka akan menggambarkan perempaun seperti kereta yang diletakkan di show room shaja; display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula kata; sekadar sepinggan mee goring dan sgelas sirap, bawalah kehulu-hilir. Sedihkan?? Itulah hakikatnya..

23) Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini ?
- Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti,mereka ada pasangannya. Firman Allah:
“Dan orang2 lelaki yang memelihara kehormatannya serta perempaun yang memelihara kehormatannya. Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. ( Al- Ahzab: 35)

24) Bagaimana kami ?
- Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon kemapunan dari Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha NYA.

25) Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha?
- Taubat yang murni, taubat yang sebenar-benarnya, taubat yang memenuhi 3 syarat:
a) Tinggalkanlah perbuatan maksiat. Putusakanlah hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
b) Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
c) Berazam. Bertekad didalam hati tidak bercinta lagi dengan sesiapa yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah slepas ijab qabul.

Ya Allah, hambamu telah tersesat jalan, ampunilal dosa-dosa hamba Mu ini. Sesungguhnya engkau maha pengampun dan penerima taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkanlah diriku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan ahklak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih saying. Mengapa ku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh Tuhan,hamba Mu berdosa.

                       Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak kemana!! 
  



Thursday, December 15, 2011

kalau xmampu..?

kalau tak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang
kalau tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji
kalau tak mampu menggenggam hubungan, jangan pernah beri harapan
kerana hati manusia itu
terlalu bernilai untuk disakiti
terlalu mahal untuk disia-siakan
dan terlalu berharga untuk dihancurkan.♥

Wednesday, December 14, 2011

Untuk hati - apakah tugas ini terlalu berat?

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 
02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/ rancangan; 
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan; 
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan; 
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan; 
08. Jangan iri hati dengan kekayaan orang; 
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang; 
10. Jangan sombong jika memperoleh kejayaan; 
11. Jangan tamak kepada harta; 
12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan; 
13. Jangan hancur kerana kezaliman; 
14. Jangan goyah kerana fitnah; 
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri. 
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu; 
18. Jangan usir orang yang meminta-minta; 
19. Jangan sakiti anak yatim; 
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar; 
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil; 
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid); 
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu; 
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid; 
25. Biasakan solat malam; 
26. Perbanyak zikir dan do'a kepada Allah; 
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat; 
28. Sayangi dan santuni fakir miskin; 
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah; 
30. Jangan marah berlebih-lebihan; 
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan; 
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah; 
33. Berlatihlah untuk banyak berfikir; 
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi; 
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan; 
36. Jangan percaya ramalan manusia; 
37. Jangan terlampau takut miskin; 
38. Hormatilah setiap orang; 
39. Jangan terlampau takut kepada manusia; 
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala; 
41. Berlakulah adil dalam segala urusan; 
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah; 
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala; 
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran; 
45. Perbanyakkan silaturrahim; 
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam; 
47. Bicaralah secukupnya; 
48. Beristeri/bersuami jikalau cukup syaratnya; 
49. Hargai waktu, aturkan waktu dan manfaatkan waktu; 
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur; 
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin; 
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga; 
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan; 
54. Hormatilah kepada guru dan ulama; 
55. Selalulah berselawat kepada nabi; 
56. Cintai keluarga Nabi saw; 
57. Jangan terlalu banyak hutang; 
58. Jangan terlampau mudah berjanji; 
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara; 
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna; 
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh; 
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar; 
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu; 
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita; 
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi; 
66. Jangan membenci seseorang kerana pahaman dan pendiriannya; 
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita; 
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan 
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan. 
70. Jangan melukai hati orang lain; 
71. Jangan membiasakan berkata dusta; 
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian; 
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab; 
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan; 
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita 
76. Jangan membuka aib orang lain; 
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita; 
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana; 
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan; 
80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya; 
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara; 
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain; 
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara; 
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa; 
85. Hargai kejayaan dan pemberian orang; 
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan; 
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan. 
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemampuan diri kita; 
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu; 
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana; 
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita; 
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina; 
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang bersangkutan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya; 
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajipan; 
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat)dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan; 
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri; 
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan; 
98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan; 
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

m_m peace no war with full of love <3
        salam ukhuwah :) 

muhasabah diri!

tak laku tak apa - asal tidak murahan
tak ada duit tak apa - asal jgn tak ada maruah
tak popular tak apa - asal tdk gila glamour
tak kaya tak apa - asal tidak miskin akhlak
tak mewah tak apa - asal sederhana tanpa duit haram
tak cantik menawan tak apa - asal teguh menutup aurat
tak dipandang mulia tak apa - asal Allah beri rahmat dan redha <3 ^___^

Monday, December 5, 2011

saya pun! -.-

Saya pun,
ada benda saya mahu, Allah tidak beri.
Saya pun,
ada benda yang saya inginkan keadilan, saya tidak perolehi.

Saya juga dicerca,
dan tiada pula yang mohon kemaafan dan menebus salah.
Saya juga difitnah,
dan tiada pula yang mohon kemaafan membersihkan tanggapan yang salah.

Memanglah saya bukan orang yang rapat dengan kalian,
hanya mampu berpesan: "Sabarlah, Yakinlah."
Tetapi janganlah menyangka saya tidak memahami,
apa yang kalian lalui.

Kalaulah kalian tahu apa yang saya hadapi,
apa yang saya minta dan Allah tidak beri,
pasti tangisan kalian akan terhenti.
Kerana kecilnya ujian yang kalian hadapi.

Tetapi saya masih sabar dan percaya.
terus berusaha dan berusaha.
Mengapa kalian boleh pula,
memilih untuk berputus asa?

Jangan mudah melafaz: "Allah sudah tidak sayangkan kita."
Apalah yang kalian tahu akan luas kasih sayangNya ?

Thursday, December 1, 2011

Bukan hatinya xpenah menangis


Hati manusia, walau sekeras mana pun pasti akan lembut. Tapi semua itu atas kehendak yang Berkuasa...

Dia tidak pernah menangis apabila dikutuk dan dikritik di hadapan khalayak. Baginya, menangis itu menunjukkan kelemahan. Walaupun hatinya terdetik,
"Ya Allah, apakah dosaku sampai aku diperlakukan sebegini."

Dia tidak pernah mengadu kepada sesiapa kecuali seorang teman yang dia amat percaya. Baginya, biarlah semua itu dipendam sendirian. Biarlah semua orang tidak tahu penderitaan dan sengsara yang ditanggung. Atas sebab apa? Manusia hanya pandai menilai melalui paras rupa, tingkah laku, cara percakapan tapi jauh di sebalik hati tiada siapa yang tahu.

Entah mengapa semakin hari dirinya merasakan kehilangan sesuatu. Bukannya kekasih ataupun sesiapa yang disayangi. Tapi kegembiraan yang selama ini dinikmati semakin jauh dibawa arus. Semua orang yang mengenali tahu dia seorang yang sabar, kuat dan jarang menunjukkan kemarahan dan kelemahan di hadapan sesiapa. Tapi hati manusia bergelar wanita tiada siapa tahu atau cuba selongkari. Dia terkenal di sekolah antara pelajar yang agak nakal, bukan daripada segi disiplin tapi nakal dari segi tingkah laku, suka kacau orang, suka gegarkan kelas, suka buat orang ketawa malah suka buat orang sakit hati. Tapi itu cuma sementara, untuk menutup kelemahan yang ada. Baginya teman di sekolah dan di sisi tidak sama. Di sekolah tempat dia bergembira tanpa kenal perasaan sedih tapi bila tiba waktu pulang perasaan sebak menanti di hati. Kenapa?

Kerana dia bukannya tidak pernah sedih....

Hampir setiap hari dirasakan masa sungguh pantas berlari. Sehinggakan setiap malam merintih pada-Nya memohon kemaafan dan keampunan atas dosa yang dilakukan. Baginya diri belum cukup sempurna selagi ada mata-mata yang memandangnya jelek. Atas gaya jalan seperti lelaki sehingga ada guru di sekolah berkata, "Brutal dia ni." Tapi apakan daya, cara jalan dia memang sebegitu. Bukannya dia tidak pernah cuba untuk memperbaiki.

Biarlah orang berkata apa yang mereka suka, sebab mereka ada hak untuk berkata-kata. Tetapi prinsip hidupnya tidak pernah lari. Dia tidak pernah kenal apa itu cinta manusia, dia hanya mencari cinta Ilahi. Itulah yang perlu dicari untuk perjalanan akhirat nanti. Janji Allah itu pasti. Tapi dia juga masih ingin mengenal kasih sayang. Dia seorang wanita yang amat memerlukan kasih sayang. Dalam hidupnya penuh duka walaupun di mata temannya dia seorang yang ceria.

Pernah suatu ketika, hatinya hancur dek kehilangan insan yang amat disayangi. Insan bernama ayah yang amat penyayang lagi bertanggungjawab. Walaupun waktu kecil dahulu dia sering dirotan, dicili akibat kenakalan. Tahun ini genap tiga tahun pemergian insan tersebut. Terlalu pantas masa berlalu. Masih berkesempatan dia menjenguk ke daerah pusara ayahandanya. Tahun ini juga sudah empat kali dia tidak dapat mencium tangan dan dahi, mendakap penuh mesra ayahnya. Masih dirindui gelak dan suaranya walaupun ketika itu ayahnya sedang sakit.

Banyak lagi kehilangan yang berlaku dalam hidupnya. Rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama menuntut ilmu, sahabat yang turut sama mengikuti program, adik-adik yang mengikuti perkembangan dirinya. Namun, dia sering kecewa dan hampa apabila tangan yang dihulur, ludah yang diterima. Nilai persahabatan yang dihulurkan, keegoaan, kesombongan dan kerendahan yang diterimanya.

Sehinggakan sampai satu masa, dia merajuk lalu pergi meninggalkan semua Atas alasan apa? "Biarlah aku sendirian, kerna mereka lebih suka aku pergi."

Kini, dia cuba bangkit kembali untuk menebus kekhilafan diri. Namun, sekali lagi dia jatuh terduduk sehingga memaksa untuk memaut pada sesuatu. Apakan daya, kudratnya hanya tinggal sisa. Sisa yang tinggal sementara untuk meniti alam sana. Atas sebab apa dia sedemikian rupa?

Rupanya kasih yang ingin dicurahkan, ukhuwah yang ingin disemaikan disalah tafsir. Malahan dakwah yang diketengahkan, nasihat yang diberikan dibalas dengan kesombongan dan keegoaan seorang manusia. Sekali lagi kekecewaan dan hiba menusuk hati.

"Andai sekali ini nasihatku tak diperlukan lagi, aku reda ya Allah. Sungguh aku tahu aku belum cukup sempurna. Maka, aku reda."