Doa ketika sedih yg teramat...

اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”

— HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42.

utuk sahabat2 semua!

<3 CINTA ALLAH CINTA ABADI <3
YAKIN LAA AT ALLAH..
WHEN WE REPAIR OUR RELATIONSHIP WITH ALLAH,
ALLAH WILL REPAIR EVERYTHING ELSE FOR US ^_^
ALLAHU AKBAR <3

Friday, March 15, 2013

Nafas Terakhirku

Bribu kemaafan yang ku pinta dari kalian yang mengharapkan yang terbaik dari tinta penaku. Aku hanyalah insan biasa. Aku masih dalam pencarianku.

TERASA DIRI INI TERLALU HINA!!!
TERLALU HINA!!! HINA!!!!! HINA!!!! 

Inilah perasaan ku di saat ini. Sebelum ini pernah ku rasa sebegini, tapi kali ini lebih hebat ku rasakan. TERLALU HINA DIMATANYA!!!! Aku terlalu malu Ya ALLAH... terlalu malu....
Terasa ingin sujud kepadaMu buat selama-lamanya...

Setiap nafas yang ku sedut dariMu,
Aku malu untuk hidup...
Setiap langkah ku menapak,
Aku malu untuk berada di atas bumiMu...

Buat pembaca sekalian.. Ku pasti... mesti kalian ingin mengetahui apakah yang membuatkan aku merasa sehina sebegini kan? Maaf...aku tidak boleh ceritakan secara detail. Kerana ini adalah keaibanku. Sekecil manapun keaibanku, seandainya Allah masih melindunginya, aku tidak akan membongkarkannya. Namun...semua itu akan membuatkan aku lagi malu untuk menyedut nafasNya. Aku lagi malu untuk menapak di atas bumiNya. TERLALU MALU!!!!




Buat pembaca sekalian... aku diri yang terlalu hina dan hambaNya yang terlalu kerdil ini ingin mengingatkan diriku jua kalian..

Di saat ALLAH menghadirkan nikmat untuk melancarkan lagi perjalanan percarianmu, hargailah nikmat itu dengan sebaiknya. Walau pun itu adalah daripada Allah, ingat... Allah masih tetap dan perlu kita letakkan di hadapan. Bukan manusia mahupun sebab mahupun benda lain. Mungkin sahaja Allah akan menarik nikmat itu kembali seandainya kita mengabaikan kedudukan Allah di hati dan jiwa kita.

Ingatlah.... hati dan jiwa manusia Allah yang pegang... Bukan kita, mahupun makhlukNya. Tapi Allah yang pegang.

Inilah tarbiyyah yang terbaik untukku.

Aku terpukul. Dengan tindakanku sendiri.
Aku terpaku. Dengan langkahku sendiri.
Aku terkedu. Dengan kata-kataku sendiri.
Aku terjatuh. Dengan perasaanku sendiri.
Aku tersungkur. Dengan kebutaanku sendiri.

Namun......

Aku tahu..

Terpukulnya aku...      Kerna Allah ingin memperbetulkan tindakanku yang salah.
Terpakunya aku.....     Kerna Allah ingin menetapkan kembali langkahku yang tersasar.
Terkedunya aku.....     Kerna Allah ingin mengingatkanku dengan tarbiyyahNya.
Terjatuhnya aku.....     Kerna Allah ingin menyedarkan aku dari mimpi khayalan.
Tersungkurnya aku...  Kerna Allah ingin mencerahkan kembali pandanganku yang kian kelam & buta

Di saat aku sedang mencari kefahaman dalam memahami apa yang Allah sedang menetapkan untukku, Aku mula mencari kefahaman yang lebih mendalam dalam perkataan

'jodoh'

'usaha'

'doa'

'tawakal'

Terlalu banyak yang aku tidak faham. Mungkin inilah sebabnya mereka sudah penat untuk memahamkan aku. Mungkin juga mereka fikir aku buat-buat tidak faham kerana tidak mahu menerima keputusan yang ingin mereka buat. Sedangkan aku bukanlah seorang yang menolak untuk menerima fikrah agama. Malahan akulah si pencari fikrah seorang hamba. Untuk apa aku berpura-pura tidak faham? Maaf.... dan ketahuilah ... aku masih jahil... aku masih dalam proses mendidik diri serta memahami agamaku. Semua itu perlukan masa. 2 tahun yang hampir ku lalui ini masih belum cukup untuk menampung kejahilan aku selama 21 tahun ini.

Maafkan aku... kerana kejahilan ku...
Maafkan aku... kerana aku masih bertatih dalam pencarianku...
Maafkan aku... kerana kebodohanku...
Maafkan aku.. kerana kelemahanku...

Maafkan aku.. seandainya segala persoalanku membuatkan kalian benci kepadaku. Tetapi ketahuilah... Hanya sekelumit penjelasan yang ku perlukan untuk meyakinkan diriku kepada jalan yang bakal ku pilih nanti. Untuk berjalan dalam pencarian seorang diri bukanlah satu perkara yang senang dan mudah.

'bergantunglah kepada Allah.'
'letaklah Allah dihadapan.'
'peganglah pada janji Allah.'

Ketiga-tiga prinsip ini bukan semudah itu sahaja untuk kita laksanakan. Semuanya perlukan masa. Kalian menyatakan kepadaku. Namun... tidakkah kalian terfikir bagaimana akan ku lakukan semua itu? Tidakkah kalian terfikir, apa yang akan ku rasa? Tidakkah kalian terfikir bagaimana harus ku menempuh situasi hidupku? bagaimana harus ku lakukan semua ini seorang diri? ditambah pula dengan ketidakfahaman dan kejahilan dalam diri...terlalu banyak persoalan yang masih membelenggu dalam diri...

Ya Rabbi.... Semuanya hanya dibawah pengetahuanMu...
Maafkan aku ya rabbi...
Inilah silapku...
Silapku sejak azali...
Telah Kau tetapkan kepadaku
Untuk berjalan dalam pencarian seorang diri.

Masih bermimpi mengharapkan sokongan dan semangat dari manusia,
Namun...
Dalam tidak ku sedari,
Aku sedang meminta kepadaMu,
Yang sementara....

Betapa bodohnya aku...
Betapa jahilnya aku...

Harapanku kini,
Setelah puas aku terjatuh...
Setelah puas aku tersungkur..
Setelah puas aku menangis..
Setelah puas aku terpaku...

Aku tidak akan sama sekali
Mengharapkan semangat mahupun sokongan
Daripada mana-mana manusia pun!
Tidak sama sekali!
Sama ada yang punya pertalian darah denganku,
Mahupun mereka yang tidak punya kaitan denganku.

Cukuplah Dia yang memimpin jalan hidupku.
Cukuplah Dia yang memapah setiap langkahku.
Cukuplah Dia yang mengesat air mataku.
Cukuplah Dia yang mengisi ruang hatiku.
Cukuplah Dia yang mengenaliku.

Kini,
Baru ku fahami...
Telah terbukti..
Manusia ini terlalu sementara berbandingMu..
Mereka akan datang dan pergi dari hidupku sesuka hati mereka.
Mereka akan memberikan ku semangat
Disaat mereka rasa ingin memberikan ku semangat..

Namun... Di saat mereka merasakan yang aku tidak mampu memberikan apa yang mereka mahu,
Bersedialah wahai diri untuk di caci, di hina, di herdik, di perlekehkan...
Meskipun diri ini berada pada jalan agama...

perkataan 'sampah' terlalu perit untuk ku telan.
perkataan 'bodoh' terlalu pedih untuk ku terima.

sebodoh dan sesampah manakah insan yang ingin mencari agamaNya dan masih dalam pencariannya?


Sudahlah wahai diri abaikanlah mereka yang bernama manusia dan bersifat sementara.
Berhentilah mengharapkan semangat ataupun
Sokongan dari manusia..
Teruskanlah langkahmu..
Sesungguhnya dirimu sudah tidak punya apa-apa lagi
Selain daripada Allah..

Allahlah yang bangkitkan aku,
Di saat aku jatuh merangkak dalam pencarianku..
Allahlah yang menemaniku,
Disaat aku ditentang mahupun tidak dipeduli..
Allahlah yang menuntuniku,
Di saat aku di uji tanpa mempunyai tulang belakang untuk memelukku..
Allahlah segalanya...
Hanya kernaMu aku masih mampu berdiri dalam pencarianku ini..........

AKu sama sekali tidak menyalahkan setiap insan yang bernama manusia..
Tetapi, aku salahkan diri aku sendri
Yang leka dan lalai serta terlalu asyik ingin mempunyai jasad yang terzahir
Untuk menemaniku srta menyokongku..
Tetapi aku tidak sedar,
Yang aku telah mengabaikan
Dia yang telah menuntuniku,
Serta menemaniku sejak azali lagi.........

Inilah balasan buat diriku..................................................

Kerna Akulah Si Pengemis Cinta iLahi dalam Nafas Terakhir~

No comments:

Post a Comment