Doa ketika sedih yg teramat...

اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”

— HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42.

utuk sahabat2 semua!

<3 CINTA ALLAH CINTA ABADI <3
YAKIN LAA AT ALLAH..
WHEN WE REPAIR OUR RELATIONSHIP WITH ALLAH,
ALLAH WILL REPAIR EVERYTHING ELSE FOR US ^_^
ALLAHU AKBAR <3

Saturday, May 26, 2012

IKHTILAT





"Akak, saya rasa kawan dengan lelaki lagi baik dari kawan dengan perempuan, sebab bila saya kawan dengan perempuan, perempuan selalu dengki dengan saya, tikam saya dari belakang"

Terdiam sebentar. Berfikir sejenak.

"Emh, boleh akak tahu satau benda tak?"

"Apa dia kak?"

"Apa dalil yang membolehkan lelaki dan perempuan berkawan ea. Yang akak tahu cuma dua perkara sahaja, perkongsian ilmu dan jual beli sahaja, kan? Kalau pun ada tambahan, pokok asasnya adalah atas urusan jugak, kan?"

Terkedu. Terdiam.

"Err..."

"Dik, Allah bukan suruh kita cari alternatif apabila jalan yang halal itu diuji, tapi Allah nak tengok rasa taqwa adik kepadaNYA. Bertaqwalah kepada Allah dalam urusan ini."

"Tapi, kak, saya dengan kawan-kawan lelaki saya semua dah janji, kami cuma kawan sahaja, tak lebih"

Tergelak, dan menggeleng kepala.

"Adik, adik. Apakah jaminan adik sebenarnya dalam urusan ikhtilat. Ingatlah kekuasaan Allah, kerana Allah mampu menukarkan rasa cinta seorang menjadi rasa benci, dan sebaliknya. Allah cuma nak tengok sama ada adik taat pada suruhan DIA atau tak. DIA bukan nak tengok sama ada adik boleh menjaga atau tak, tapi DIA nak tengok sama ada adik TAAT atau tidak. Mana jaminan kita saat ketika seorang lelaki bersahabat dengan seorang perempuan, di dalam hatinya tiada penyakit? Bukankah nabi dah berpesan bahawa wanita itu adalah ujian terhebta bagi seorang lelaki? Mana jaminan adik yang adik boleh terlepas dari kekuasaan Allah? Mana jaminan adik, di saat lelaki yang sedang dikuasai nafsu syaitan itu, masih mampu menahan dari mengapa-apakan adik? Mana jaminan itu? "

Terkebil-kebil memandang ke arah kakak yang menuturkannya, perlahan, dia tunduk.

Atirah hanya tersenyum. "Jaminan itu ada pada Allah. Jadi, taatilah suruhanNYA, dan tinggalkan laranganNYA. Pastikan setiap urusan di antara adik dan lelaki hanyalah berkisar urusan. Urusan yang dimaksudkan adalah apabila kita dihadapkan di hadapan Allah, kita mampu untuk mengatakan bahawa itu adalah urusan. Jaminan itu hanya ada pada Allah. Jaminan itu hanya pada Allah, dik"


Sambil mengusap bahu adik di hadapannya, dan dia dia mengulangi kembali kata-katanya, "Jaminan itu ada pada Allah."

Tersenyum. Sama-sama tersenyum.





p/s: copy paste tok renungan bsme :)


peace no war with full of love <3
slm ukhuwah =)

No comments:

Post a Comment