Doa ketika sedih yg teramat...

اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”

— HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42.

utuk sahabat2 semua!

<3 CINTA ALLAH CINTA ABADI <3
YAKIN LAA AT ALLAH..
WHEN WE REPAIR OUR RELATIONSHIP WITH ALLAH,
ALLAH WILL REPAIR EVERYTHING ELSE FOR US ^_^
ALLAHU AKBAR <3

Saturday, September 17, 2011

Cinta Kerana Allah...

Sering aku mendengar kata ini “Cinta”,
Bahkan mungkin sejak masih hingusan.

Tapi kata “Cinta kerana Allah”
Aku baru mendengarnya saat menapaki jinjang kuliah…
Lalu seperti apa “Cinta kerana Allah” itu?

Jika sekarang aku mengatakan,

“Kekasih ku, aku mencintai mu kerana Allah”,
Apa yang membuat mu mempercayai kata-kataku?

Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahu mu
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?
Bukan… aku rasa bukan itu…

Maka akan aku katakan “Aku mencintai mu kerana Allah”…

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …

Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …

Ketika aku menjaga rahsiamu …
Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …
Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …

Jika Allah yang meminta ku untuk mencintai mu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….

Kekasih ku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….

^______^ Hati yg ikhlas pasti dibalas... InsyaALLAH

No comments:

Post a Comment