Doa ketika sedih yg teramat...

اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”

— HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42.

utuk sahabat2 semua!

<3 CINTA ALLAH CINTA ABADI <3
YAKIN LAA AT ALLAH..
WHEN WE REPAIR OUR RELATIONSHIP WITH ALLAH,
ALLAH WILL REPAIR EVERYTHING ELSE FOR US ^_^
ALLAHU AKBAR <3

Monday, August 8, 2011

How To Guide Friend To Solat 5 Times a Day?

Orang suka kepada kereta, kerana dia fikir soal kereta, dia cari bahan bacaan mengenai 
kereta, dia bimbang kalau kereta tak ada, maka dia usahakan. Itu soal suka, boleh ada 
alternative. Namun solah, tiada alternative, taat kepada perintah Allah berhubung solahNabi Muhammad salallahu alaihi wassalam berusaha; daripada keadaan manusia jahil kenal akan diri manusia itu manusia, daripada kenal manusia tahu keadaan bagaimana dikatakan manusia beriman atau tidak beriman; dan daripada keadaan iman dah mantap, manusia beriman, berimanlah. Soalnya sembahyang adalah perintah, daripada liat sampailah diri sendiri rasa pentingnya solah. Bukan suruh oleh Manusia, itu perintah ALLAH, manusia hanya menyeru, Azan tiada maksud manusia yang suruh, ALLAH perintah, ALLAH suruh. Saudari berusaha, sebenarnya 
untuk saudari sendiri kuat iman dalam melakukan solah, tetapi soal kawan saudari tak 
berusaha untuk sama-sama mendirikan solah setelah diusahakan, tak perlu fikir kerja ALLAH; samada dia ambil keputusan untuk berubah atau tidak sebaliknya kena ada perasaan kasihan.. sepertimana kita kasihankan diri kita diazab kalau tak solah. Sebenarnya kena faham apa maksud hidayah dan apa maksud Dakwah yang ada kaitan dengan hidayah. Dakwah adalah seru, dan Pintu kepada Hidayah adalah Dakwah, dan Hidayah maksudnya orang alim jelaskan "taat mengerjakan seluruh perintah Allah dan meninggalkan laranganNya" Kena ingat beberapa perkara, nabi ketika berdakwah beradab, apa dia adab yang menyebabkan diri nabi paling 
hampir dengan Allah, begitu juga sahabat. Adabnya; setelah menyeru kepada sesuatu amalan yang mendekatkan diri kepada Allah (amalan solah, zikir, Quran, dakwah itu sendiri, atau lain-lain amalan) atau menyebut sesuatu agar seseorang berfikir tentang ALLAh dan mengAgungkannya. iaitu jangan sangka buruk orang kita temui, tujuan adalah agar diri pendakwah tersebut semakin rapat dan sering mengadu kepada ALLAH, sebaliknya sekiranya semasa berdakwah tidak mengikut adab; maka pendakwah itu sendiri sekian hari semakin gelap...untuk itu sangkaan baik itu ketika berdakwah ..akan melahirkan nur hidayah yang kita sendiri tak menyangkakan... dan cahaya tersebut akan menerangkan segala kegelapan..namun kita sebagai pesuruh; ikut sahaja apa yang disuruh. Natijah orang yang kita jumpa berubah daripada buruk kepada baik... itu kerja ALLAH. Apa jadi pada nabi Yunus... ada beberapa ketika nabi Yunus asyik memikirkan soal natijah daripada usaha yang dijalankan. iaitu manusia tidak berubah. Sebenarnya Allah ajar nabi Yunus.. soal Natijah orang didakwah atau diseru jadi baik ataupun tidak bukan kerja nabi Yunus. Nabi Yunus harus jadi pesuruh Allah sahaja .. usaha untuk bawa manusia kepada ALLAH .. kalau mereka tak mahu... bukan kerja Nabi Yunus.. sebabkan itulah nabi Yunus lari daripada Usaha Dakwah dan 
akhirnya dia sendiri ALLAH ajar berada dalam kegelapan... dan memohon ampun kembali kepada kerja Dakwah.. Natijah bukan kerja kita. Nabi Muhammad berdakwah siang dan malam, ada orang berubah dan ada orang tak berubah... apa keadaan manusia ada yang suka dan ada yang benci, namun kerja dakwah pintu kepada hidayah.. dan ALLAH pilih seperti dalam Al-Quran .. ALLAH tak beri hidayah kepada yang fasik, kepada yang zalim, kepada yang ingkar... sebab itu... Usaha dakwah atau seru hanya sekadar lakukan sahaja dengan adab.... tak perlu fikir geram nya orang tak berubah... itu dah dalam keadaan hampir sama dengan kegelapan.. sepatutnya diri orang yang berdakwah itu semakin dengan ALLAH... Dakwah, ada sifat FIKIR, ZIKIR, 
SYUKUR dan SABAR.... Fikir bagaimana manusia yang jauh daripada ALLAH agar dekat dengan ALLAH.... bukan fikir buat begini ini natijahnya.. tidak.. itu kerja ALLAH.. sedangkan nabi buat dakwah, pamannya yang dikasihinya tidak juga beriman.... Kita harus berusaha dengan kaedah yang betul... sebab itu hari ini... Kategori Manusia berdakwah terlebih-lebih... iaitu pertama seolah-olah jadi pendakwah... sebenarnya ciri dalam dakwah ada dua iaitu hamba dan pesuruh ALlah... Bukan pernah terjadi kepada Nabi Yunus alaihissalam, ..... jadi Hamba ALLAH, jadi Pesuruh ALLAH dan tambah pula... iaitu penentu bagi ALLAH dalam soal Hidayah..iaitu buat itu sepatutnya begini tapi tak jadi.... soal hidayah ... Mutlak hak milik ALLAH..... Walaupun bapa saudara nabi dan beberapa orang Arab ... nampak jelas Hidayah (taat kepada perintah ALLAh dan tinggal larangan ALLAH) itupun setelah pintu hidayah (dakwah) dibuka... baru mereka nampak.. kenal manusia bagaimana sifatnya... namun sukar diterima .. tiada kena mengena dengan diri nabi... mereka yang nak sibukkan dengan pangkat, darjat, dan perniagaan seperti Ubai bin Khalaf.. Dan ini tiada langsung dengan kegagalan nabi berdakwah.....atau sahabat berdakwah... dan dakwah itu sendiri untuk orang beriman.... Salabah atau Qarun... Islam.... cuma perintah ALLAH tak dilaksanakan.. adakah 
nabi Musa a'laihissalam gagal dalam berdakwah.. Nabi Musa a'laihissalam berdakwah dan baginda sendiri ambil agama dengan sempurna.. Untuk sempurnakan agama, pendakwah itu sendiri yang mengikut adab-adabnya akan terus berjaya dalam agama... Dalam dakwah banyak kita langgar adab... atas faktor utamanya adalah kita menyangkakan kita boleh ubah manusia.. sedangkan hidayah di tangan ALLAH... tanpa kita sedari.. <3

Wednesday, August 3, 2011

Segalanya penuh hikmah...^^

Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.  

Kenapa semua ini terjadi padaku?  
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216) 

Kenapa terlalu berat ujian ini?  
 "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286) 

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa? 
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87) 

Bagaimana harus ku hadapi semua ini? 
 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45) 

Apa yang akan kudapat daripada semua ini? 
 "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111). 

Kepada siapa harus aku berharap? 
 "Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?  
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3) 

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya...Amin~

Monday, August 1, 2011

Sayangnya Allah Pada Perempuan

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG?
Nak kena tutup sana, tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
Perempuan, stoking pon kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Comfem x tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool jek
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG?
Tiap2 bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pon susah
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
Cuba tengok budak lelaki , selamber jek
Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
Hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu SENANG?
Hati ni Allah jadikan lembut betul
Cepat jek sensitif
Cuba tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yg paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis?
Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
Lembut tak lembut hati perempuan
Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
Hebat kan perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah
Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel
Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang?
Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil??

Persoalannya sekarang
Betul ke Allah x adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya?
Betul, isteri kena ikut cakap suami
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
MashaAllah, hebatnya perempuan kan?

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
Banyak lagu pasal perempuan kan?
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu?

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan?

Oh perempuan, sedarlah
Betapa sayangnya Allah dekat kita
Betapa cintanya Allah dekat kita
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

 Sekadar perkongsian bersama =)
~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi..??

Saya bersyukur dan bangga dilahirkan sebagai seorang perempuan...^_^
love u all..slm ukhwah <3